Cawangan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan auditan
pengurusan sumber manusia di Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong pada 25 Februari 2014 (Isnin) jam 8.00 pagi.
Tujuan auditan ini adalah untuk memastikan sekolah
menggunapakai struktur organisasi dan perjawatan yang diluluskan oleh
Agensi Pusat. Disamping
itu, ia bertujuan untuk melihat kompleksiti tugas, keperluan perjawatan
dan lain-lain perkara berkaitan bagi semua agensi di bawah KPM.
VISI
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Tuesday, 25 February 2014
Monday, 24 February 2014
MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS DAN KETUA KELAS
Majlis Pernganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS dan Ketua Kelas telah disempurnakan secara rasminya oleh Yang Berusaha Pn Hadijah Binti Kassim, Guru Besar SK Saujana Puchong pada
Tarikh : 24 Februari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Saujana Puchong.
Seramai 84 orang pengawas telah dipilih untuk menganggotai Badan Pengawas Sekolah diketuai oleh
MUHAMMAD AJMAL HAZIQ B MAZROL NIZAM. Pengawas yang dilantik ini diyakini kemampuan mereka untuk mengalas tugas-tugas yang diamanahkan, antaranya ialah ;
Tarikh : 24 Februari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Saujana Puchong.
Seramai 84 orang pengawas telah dipilih untuk menganggotai Badan Pengawas Sekolah diketuai oleh
MUHAMMAD AJMAL HAZIQ B MAZROL NIZAM. Pengawas yang dilantik ini diyakini kemampuan mereka untuk mengalas tugas-tugas yang diamanahkan, antaranya ialah ;
- Mengawal disiplin diri dan murid lain.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
- Memastikan keceriaan sekolah, dan bilik pengawas
- Mematuhi peraturan sekolah disamping menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan dalam mencapai misi dan visi sekolah.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
- Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian atau menguaskuasakan peraturan sekolah.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para murid untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang melakukan kesalahan.
- Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel.
- Menjalankan tugas-tugas semasa, serta arahan guru-guru dan pihak sekolah
Friday, 21 February 2014
SEJARAH SK SAUJANA PUCHONG
1. SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong dibina di atas sebuah tanah milik kerajaan
Persekutuan dengan keluasan 5947 ekar (24065meter padu). Sekolah ini mula
dibina pada bulan.
Syarikat PEMBINAAN TAJRI SDN BHD telah diberi kepercayaan untuk membina sekolah ini dengan menelan belanja berjumlah RM 23 898 313.30.Pembinaannya bermula pada 20 Januari 2011 dan siap sepenuhnya pada 19 Julai 2012 Projek ini dikelolakan bersama syarikat JURURUNDING KBZ dengan kerjasama A&R ARCHITECTS SDN BHD, JNA IKHTISAS SDN BHD dan JUB CENTRAL SDN BHD. Syarikat PEMBINAAN TAJRI SDN BHD akhirnya telah berjaya menyempurnakan pembinaan sekolah ini dan membuat penyerahan pada bulan 30 Disember 2012 kepada Kementerian Pelajaran.
Setelah semua perancangan selesai, Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong mula beroperasi pada 2 Januari 2013, dengan bilangan murid seramai 545 orang. Murid yang berpindah ke sekolah ini kebanyakannya dari SK Puchong, SK Puchong Utama 1, Puchong Utama 2 dan Puchong Utama 3.
Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong ini masih dalam pemerhatian kontraktor bermula Disember 2012 sehingga 18 May 2014. Beberapa siri pembaikan sedang dilaksanakan antaranya kecacatan bangunan, kerosakan sistem paip dan elektrik.
En Abdul Rahim bin Sahuddin, GPK Pentadbiran dan En. Shaiful Kahar bin Ahmad GPK Hal Ehwal Murid telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana sebagai pengurus sekolah ( Care Taker) bermula pada 16 November 2012. Pengurus sekolah yang dilantik diamanahkan untuk menyelasaikan beberapa tugasan antaranya merancang hal berkaitan persediaan awal sesi persekolahan, pendaftaran penubuhan sekolah, pendaftaran dengan LHDN, Pendaftaran dengan KWSP dan menerima bekalan perabut. Pada Januari 2013 pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah melantik Pn Hadijah binti Kasim sebagai Guru Besar yang pertama di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)