Tarikh : 24 Februari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Saujana Puchong.
Seramai 84 orang pengawas telah dipilih untuk menganggotai Badan Pengawas Sekolah diketuai oleh
MUHAMMAD AJMAL HAZIQ B MAZROL NIZAM. Pengawas yang dilantik ini diyakini kemampuan mereka untuk mengalas tugas-tugas yang diamanahkan, antaranya ialah ;
- Mengawal disiplin diri dan murid lain.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
- Memastikan keceriaan sekolah, dan bilik pengawas
- Mematuhi peraturan sekolah disamping menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan dalam mencapai misi dan visi sekolah.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
- Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian atau menguaskuasakan peraturan sekolah.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para murid untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang melakukan kesalahan.
- Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel.
- Menjalankan tugas-tugas semasa, serta arahan guru-guru dan pihak sekolah
No comments:
Post a Comment