1.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong dibina di atas sebuah tanah milik kerajaan
Persekutuan dengan keluasan 5947 ekar (24065meter padu). Sekolah ini mula
dibina pada bulan.
Syarikat PEMBINAAN TAJRI SDN BHD telah diberi kepercayaan untuk membina sekolah
ini dengan menelan belanja berjumlah RM 23 898 313.30.Pembinaannya bermula pada
20 Januari 2011 dan siap sepenuhnya pada 19 Julai 2012
Projek ini dikelolakan bersama syarikat JURURUNDING KBZ dengan kerjasama
A&R ARCHITECTS SDN BHD, JNA IKHTISAS SDN BHD dan JUB CENTRAL SDN BHD. Syarikat
PEMBINAAN TAJRI SDN BHD akhirnya telah
berjaya menyempurnakan pembinaan sekolah ini dan membuat penyerahan pada bulan 30
Disember 2012 kepada Kementerian
Pelajaran.
Setelah semua perancangan
selesai, Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong
mula beroperasi pada 2 Januari 2013, dengan bilangan murid seramai
545 orang. Murid yang berpindah ke
sekolah ini kebanyakannya dari SK Puchong, SK Puchong Utama 1, Puchong Utama 2
dan Puchong Utama 3.
Sekolah Kebangsaan Saujana
Puchong ini masih dalam pemerhatian
kontraktor bermula Disember 2012 sehingga 18 May 2014. Beberapa siri pembaikan
sedang dilaksanakan antaranya kecacatan bangunan, kerosakan sistem paip dan
elektrik.
En
Abdul Rahim bin Sahuddin, GPK Pentadbiran dan En. Shaiful Kahar bin Ahmad GPK
Hal Ehwal Murid telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana sebagai pengurus sekolah ( Care Taker) bermula
pada 16 November 2012. Pengurus sekolah
yang dilantik diamanahkan untuk
menyelasaikan beberapa tugasan antaranya merancang hal berkaitan
persediaan awal sesi persekolahan, pendaftaran penubuhan sekolah, pendaftaran
dengan LHDN, Pendaftaran dengan KWSP dan menerima bekalan perabut. Pada Januari 2013
pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah melantik Pn Hadijah binti
Kasim sebagai Guru Besar yang pertama di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment