Perkhidmatan Kesihatan Sekolah SK Saujana Puchong
Pada : 6, 7 dan 10 Mac 2014
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di
sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan
diberikan kepada murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh
Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di negara ini pada
tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan
bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia.
Imunisasi kesihatan sekolah
Sebagai kesinambungan kepada imunisasi alam kanak-kanak, murid-murid sekolah diberi imunisasi seperti di bawah :
JADUAL IMUNISASI MURID-MURID SEKOLAH YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
|
|||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun 1
|
BCG sekiranya tiada parut
|
Diptheria dan Pertussis
|
Polio
|
Mumps, measles dan rubella
|
-
|
Pemeriksaan kesihatan diri
Pemeriksaan kesihatan diri adalah satu pemeriksaan fizikal yang
dijalankan oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan dan/atau Penolong
Pegawai Perubatan semasa murid berada dalam pra sekolah, tahun 1, tahun
6 dan tingkatan 3. Pemeriksaan yang dilakukan adalah seperti dalam
jadual di bawah:
JADUAL PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 1
|
|
---|---|
Pemeriksaan Kesihatan
|
Sebab diperlukan
|
Pemeriksaan tinggi dan berat | Menentukan status pemakanan murid |
Pemeriksaan mata | Mengesan masalah rabun, mata malas yang boleh mengganggu pencapaian akademik. |
Saringan pendengaran | Mengesan masalah pendengaran minimum dan sederhana yang boleh menghalang pencapaian akademik |
Pemeriksaan jantung dan paru-paru | Mengesan masalah penyakit jantung kongenital yang tidak dikenal pasti semasa bayi. Kes-kes yang dikenal pasti akan dirujuk untuk pengesahan. |
Pemeriksaan tulang rangka | Mengesan kecacatan tulang rangka yang tidak dikesan semasa bayi. |
Pemeriksaan kebersihan diri | Mengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta, masalah kulit untuk diberi rawatan. |
Pemeriksaan testis | Mengesan masalah seperti 'hydrocele' dan 'undescended testis' di kalangan murid lelaki. |
Pengesanan masalah pembelajaran | Menerima rujukan kes daripada guru-guru yang melaporkan murid mempunyai masalah dalam kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Murid-murid ini seterusnya akan dirujuk kepada pakar untuk mendapat pengesahan masalah dan penempatan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan murid. |
JADUAL PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 6
|
|
---|---|
Pemeriksaan Kesihatan
|
Sebab diperlukan
|
Pemeriksaan tinggi dan berat | Menentukan status pemakanan murid sama ada mempunyai berat badan unggul, berisiko berat badan atau obes. |
Pemeriksaan mata | Mengesan masalah rabun yang belum dikenal pasti dan peningkatan rabun di kalangan murid yang memakai cermin mata. |
Saringan rabun warna |
|
Pemeriksaan tulang rangka | Mengesan masalah skoliosis di peringkat awal. Kes-kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan intervensi awal. |
Pemeriksaan kebersihan diri | Mengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta, masalah kulit untuk diberi rawatan. |
JADUAL PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TINGKATAN 3 | |
---|---|
Pemeriksaan Kesihatan | Sebab diperlukan |
Pemeriksaan tinggi dan berat | Menentukan status pemakanan murid sama ada mempunyai berat badan unggul, berisiko berat badan atau obes. |
Pemeriksaan mata | Mengesan masalah rabun yang belum dikenal pasti dan peningkatan rabun di kalangan murid yang memakai cermin mata. |
Saringan rabun warna |
|
Saringan pendengaran | Mengenal pasti murid mengalami risiko kepekakan. |
Pemeriksaan tulang rangka | Mengesan masalah skoliosis di peringkat awal. Kes-kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan intervensi awal. |
Saringan kesihatan remaja | Optional . Tidak dilakukan di semua sekolah. Ibu bapa yang berminat boleh membawa anak untuk mendapatkan saringan ini di klinik kesihatan yang berhampiran. |